Saturday 23 June 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA ROKET SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2012

Pertandingan mencipta roket sempena Minggu Sains dan Matematik untuk Tahun 2012 ini telah diadakan pada 20 Jun 2012 ( Rabu ). Pelancaran roket untuk menentukan pemenang juga telah diadakan pada hari yang sama pada pukul 2 petang di padang SSNM SMK SERI KOTA bagi mengisi aktiviti Kokurikulum- Unit Beruniform.
Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6. Oleh itu, terdapat 16 kumpulan( terdiri daripada 2 orang pelajar) yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Syabas kepada pelajar - pelajar yang berani mencuba. Syabas diucapkan kepada pemenang - pemenang. Yang kurang berjaya boleh cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Noorazila ( GKMP Sains & Matematik ), Cikgu Rosni Selamon ( KP Sains Menengah Atas ), Cikgu Mohd. Shazni ( guru pembimbing), Cikgu Siti Noor Hamidah, Cikgu Shaleyati (berkempen pada pelajar ting 6 Rendah untuk masuk pertandingan ) dan Cikgu Hemran ( penyumbang botol ).

                                             Cikgu Shazni sedang memberi penerangan kepada pelajar
                                                            tentang membuat model roket.

                                     Peserta - peserta mendengar penerangan dengan teliti.

                                      Peserta - peserta membuat model roket masing -masing.










                                                 Cikgu Shazni membuat tunjukcara.



          Peserta - peserta mendengar penerangan Cikgu Shazni mengenai
cara - cara menggunakan pelancar roket dan melancarkan roket.


                                       Kumpulan pertama memulakan acara. Selamat berjaya....

Monday 18 June 2012

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK TAHUN 2012





TEKNIK MENJAWAB DALAMAN - KERTAS 2 SAINS SPM 2012

Tarikh : 27 April 2012
Kelas : 5E, 5F dan 5G
Tenaga Pengajar : Pn. Rosni Selamon,
Pn. Siti Noor Hamidah dan En. Mohd. Shazni
Tempat : Bilik Tayang SSNM SMK SERI KOTA