Saturday 29 December 2012

PENGUMUMAN PMR 2012



PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2012 ( 19/12/2012)

Kenangan manis mengusik jiwa.....
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah lulus serta mencapai keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran sains dan matematik. Anda telah membuktikan bahawa sememangnya anda BOLEH !!. Hanya seorang sahaja pelajar aliran perdana yang gagal untuk matapelajaran sains dan matematik.Tahniah juga kepada Team Sains Men. Rendah dan terima kasih kerana  sudi mencurahkan ilmu : En. Khoo Swee Seng, Pn. Lai Chuay Kim, Pn. Norshaida Bujal. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada En. Shazni yang sudi memberi tunjuk ajar kepada  para pelajar. Setinggi – tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada GKMP Sains dan Matematik iaitu Pn. Noorazila Bt. Abu Zarim kerana sudi bergambar bersama-sama dan senantiasa menyokong dan tidak jemu memberi tunjuk ajar dalam usaha memastikan kecemerlangan matapelajaran sains dan matematik. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada cikgu Chan Chin Ho Yang sudi menjadi jurukamera.


Bergambar bersama Amir Amil

Cikgu berharap bakal  pelajar tingkatan 4 pada tahun 2013 akan mempertingkatkan lagi usaha apabila berada di tingkatan 4 pada tahun hadapan. Kuatkan azam dan tekadkan semangat untuk bangkit dan terus menuju kecemerlangan. Kami warga pendidik SMK Seri Kota senantiasa menyokong anda semua.